Tuesday, February 21, 2012

Hai Semua :)

Salam. Harini 21 Feb. Tepat 21 Sept 2011, adalah last entry aku. Pergh lama gila tak blogging. Series rindu. Heh, apa cerita dunia blog sekarang er? Huhu :)


Photobucket

Wednesday, September 21, 2011

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday ;))


Kehkeh. Snap by myself okah ;))



Photobucket

Sunday, August 14, 2011

Clash of the Bloggers' Fantasy Team


Bersempena musim EPL yang baru bermula, aku pasti ramai fans yang taw pasal Fantasy Football. Ya, aku adalah salah sorang penagih kepada permainan ini. Aku adalah penagih tegar sejak zaman sekolah rendah lagi. Kenapa aku ketagih? Kerana ini ialah permainan realiti, bukan permainan kemahiran tekan - tekan macam DOTA, PES dan lain - lain lagi.

Fantasy Football berkisarkan pemain yang anda pilih untuk minggu itu, dan jika pemain yang anda pilih tu beraksi penuh hebat, akan diberi point dan point yang paling banyak dikumpul hingga ke akhir musim akan dikira pemenang ;))

Adakah anda akan memilih pemain ini untuk meledak setiap minggu?

Sebenarnya ada banyak laman web yang buat game Fantasy Football ni, tapi yang paling popular mestilah yang official kan? Heh. Ada lagi yang popular macam Yahoo punye, tapi orang lagi prefer yang Barclays punye sebab kat sini ada hadiah. Walaupun peluang agak tipis kerana anda bersaing dengan peserta seramai hampir 2 juta orang seluruh dunia, tapi sekurang - kurangnya takdelah nampak macam tak dapat apa - apa langsung pon main game ni kan? Heh.

Atau pemain ini? HAHA!

Paling best main dengan kawan - kawan, habis je hujung minggu tengoklah point masing - masing. Kalau anda diatas, seronoklah bahan kawan - kawan kat bawah. Kalau anda dibawah, tadah la telinga tebal - tebal. HAHA ;))

Memandangkan blogger Azri Johan mengadakan contest untuk FF nih, aku memang rasa nk join gila. FREE bai. Kalo menang dapat hadiah? Best kan? HAHA. Untuk info lanjut, sila ke link ni okay?

Jom korang! Show me your fight babeh! Game realiti paling popular di dunia. HAHAHAHA.

Photobucket

Wednesday, July 20, 2011

Sunday, July 10, 2011

Mendung, 9 Julai 2011.

Mendung, 9 Julai 2011.
Dentuman pekikan kecil hujungnya,
Tiada batasan tiang yang satu,
Beramai titi meredah tembok,
Tuju titik tengah ditanda.
Mendung, 9 Julai 2011.
Tulang melayang beralang kimia,
Percik patah koyak berdenyut,
Terbang pokok beranting dua,
Tamat mendung untuk samar.

Photobucket

Friday, July 1, 2011

Transformers 3 : Dark Of The Moon

Terbaik! Itu saja yang boleh aku katakan tentang filem ini. Sarat dengan aksi lebih dari 2 jam, grafik yang memukau terutama untuk robot mekanikal, jalan cerita yang sentiasa mendebarkan, 6 bintang daripada 5 bintang aku berikan untuk filem ini. Haha.


Dimulakan dengan kapal besar Autobot yang terhempas di bulan, kemunculan Sentinel Prime yang merupakan panglima Autobot sebelum naiknya Optimus Prime, Sentinel Prime berpakat dengan Decepticons, hinggalah kemuncaknya ketika pergaduhan antara mereka sendiri.

Sentinel Prime

Seperti filem Fast 5, aku sangat sukakan misi yang terdapat dalam filem ini. Misi menyelamatkan dunia dengan kerjasama Autobot dan manusia, menentang Decepticons yang inginkan penguasaan. Satu misi yang sangat menarik untuk ditonton, penuh dengan aksi tidak dijangka.

Aku boleh katakan, ini adalah siri Transformers yang terbaik yang pernah aku tonton berbanding yang sebelum ini. Macam aku katakan tadi, penuh dengan aksi. Tiada babak yang membosankan dalam filem ini. Terlepas satu babak adalah merugikan, watak pembantu selain robot dan 2 pelakon utama juga tidak mengecewakan.

Kereta - Kereta. Abaikan lelaki tengah2 tu.

Kereta dan robot kali ini ialah lebih banyak, lebih pelbagai. Kemunculan kereta NASCAR memberikan pembaharuan berbanding filem sebelum ini. Selain kemunculan 2 robot kecil yang menghiburkan tetapi tetap mempunyai peranan yang penting dalam filem ini.

Shia dan Rosie.

Pengganti untuk Megan Fox, Rosie Huntington juga tidak mengecewakan. Malah tampak serasi dengan Shia Labeouf. Errrr bibir dia buat aku geram sangat. Errrr bibir dia buat aku geram sangat. Errrr bibir dia buat aku geram sangat. Okay cukup 3 kali. HAHA.

Rosie Huntington. Bibir. Auww



Photobucket

Friday, June 24, 2011

;))

Dah 4 bulan tak update blog. Wahhh lamanya. Banyak benda yang terjadi, banyak benda ingin dikongsi tapi masa tidak berkata untuk blog. Hidup menjengah angka "puluh", tiada lagi belasan mahupun hingusan, fasa terbaru semakin menanti.

Hidup bekerja sementara waktu mengajarku betapa "wang" itu bukan mainan. Sementara menunggu kemasukan ke IPTA, cuti lebih 8 bulan tiada apa yang melainkan bangun tidur, kerja, balek lepaking @ facebooking, tidur dan begitulah hari seterusnya. Cuti sehari dalam seminggu ditentukan untuk berehat di rumah, ataupun keluar menghabiskan duit. Itu sahaja.

Kemasukan IPTA pada bulan 9 masih lama, Julai menanti dan kemudiannya Ramadhan dan Raya Puasa kemudian barulah kemasukan IPTA. Rutin harian tetap sama menantikan September, cuma tarikh keputusan kemasukan sudah dekat, minggu kedua pada Julai. Hmm takutnya hanya aku yang tahu.

Ohya, saja nak beritahu, aku dah ke Universal Studios Singapore, HAHAHHAHA jakun nak bagitaw. Berbekalkan duit sendiri sepenuhnya, aku ke Singapore dengan gaya hidup bujang. Tidur hostel, dengan makan susah nak carinya, memang best bile ke sana tanpa sebarang pengetahuan untuk melancong. "Backpackers" you know, berjalan dengan memikul beg besar kerana tak tahu mana hala tuju dan tempat penginapan. Haha ;))

Singapore Zoo.

Universal Studios Singapore.



Sebelum nak tekan publish nak cakap jugak yang aku dah habis lesen P, HAHHAHA lagi skali jakun sorang - sorang. Terus terang aku cakap, aku tak taw yang bile dah habis P, ada bayaran RM30 untuk setiap tahun yang seterusnya. Kiranya setiap tahun kena bayar RM30 lah! Lah, asal aku tak taw? Baik aku biar je "P" tu lama - lama siket. Tak payah bayar RM30 awal - awal camni. Haha. Nasib baik masa renew tadi ada bawa cebisan wang, bolehlah bayar kalau tak malu je pergi JPJ tadi. Haha.

Lesen P yang dah dikerat akak tadi. Ah sayang. Hehe

Lesen Memandu Malaysia!!! J.A.K.U.N. Tampak muka yang matang disitu. HAHA ;))


p/s ; entry saja - saja update ;))

Photobucket

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Post Navigation Widget