Thursday, December 24, 2009
Wednesday, December 16, 2009
Agogo Harimau Malaya

Sebuah kemenangan dramatik keatas Thailand tempoh hari memang mengujakan. Akhirnya skuad bola sepak negara kita punya kemenangan ke atas kuasa bola sepak Asia Tenggara. Hebat bukan?
Tambah menarik 2 gol itu dicatatkan pada 10 minit terakhir perlawanan,Thailand yang hanya memerlukan seri untuk layak,tapi telah dibaham Harimau Malaya dalam sekelip mata,untuk menghancurkan impian mereka. Membuktikan semangat tidak mengaku kalah Malaysia biarpun sudah tiba ke minit minit terakhir. Oh oh Malaysia,Malaysia kan selalu boleh. Hehe

Untuk membuktikan bukan sekadar nasib,Malaysia meneruskan rentak mereka apabila menewakan Laos yang merupakan tuan rumah kejohanan merangkap johan kumpulan lagi satu dengan keputusan 3-1. Wahwah Harimau Malaya nampaknya semakin berselera.

Kini,pingat perak sudah dalam genggaman. Cuma selangkah lagi yang diperlukan untuk menukarkan kilauannya kepada emas. Jangan dipandang perak jika ada emas,jangan dibangga perak jika terlepas emas,dan jangan kalah kalau nak emas.
Bertemu Vietnam yang sudah mengalahkan Malaysia semasa peringkat kumpulan,Malaysia perlu merangka strategi baru untuk mengubah nasib daripada "loser" kepada "winner". Kini terletak di tangan jurulatih M`sia untuk mencongak apa yang terbaik untuk mengekang pasukan Vietnamese ini.
Ngaummm!

Ayuh Malaysia,ayuh Harimau Malaya bangkit mengaum,tunjukkan taring tajam anda dan teruskan membaham mangsa yang sudah ada di depan mata. Jangan rebah,jangan menyerah. Kalah pada permulaan perkara biasa untuk hero Hindustan,dan aku pasti jurulatih M`sia,Rajagopal yang beragama india pasti ada sedikit sebanyak rempah daripada hindustan untuk ditaburkan kepada barisan Harimau Malaya.
Emas dikejar.

Ayuh bangkitlah,buktikan kaki anda adalah kaki manusia,bukan kaki bangku yang diperbuat daripada kayu. Buktikan sesuatu untuk negara,kembalikan zaman kegemilangan bola sepak negara seperti suatu masa dahulu. Ayuh,kita mengejar emas,selaras dengan rancangan untuk menembusi Piala Dunia pada 2022,seperti yang dicanangkan FAM suatu ketika dahulu. (2022 kalo tak silap aku laa.
Tuesday, December 8, 2009
Thursday, December 3, 2009
Giggs Get His Century

Ryan Joseph Giggs dilahirkan pada 29 Nov tahun 1973. Dilahirkan di Cardiff,Wales,beliau menyertai pasukan akademi United pada 9 Julai 1990. Iaitu ketika beliau belumpun mencapai usia 17 tahun. Dan pada 2 March 1991,beliau membuat debut pertamanya untuk pasukan pertama United ketika melawan Everton di Old Trafford.
Sehari sebelum menyambut ulang tahunnya yang ke 36,Giggs bermain untuk pasukannya untuk penampilannya yang ke 819,memegang "title" penampilan paling banyak untuk United meninggalkan seorang lagi lagenda United,Sir Bobby Charlton yang mencatatkan sebanyak 758 kali penampilan.
Sepakan percuma Giggs yang merupakan gol keseratus dalam EPL.

Menariknya,semasa bermain pada 28 Nov 2009,Giggs telah mencatatkan gol ke 100 didalam Liga Perdana Inggeris. Ini tentunya sebuah hadiah yang bermakna menjelang ulang tahunnya pada keesokannya. Sepakan percuma yang melencong kedalam gol nyata amat manis untuk dikenang,selain terlibat dalam 2 daripada 3 gol yang dijaringkan Rooney sebelumnya untuk mencatat kemenangan mudah 4-1.
Pemain kidal yang tidak pernah mendapat peluang beraksi mengawakili negaranya dalam kejohanan berprestij ini nyata bukan calang-calang pemain,dalam usianya sudah mencecah 36 tahun,beliau masih merupakan seorang pemain yang penting untuk United. Walaupun tidak mampu untuk beraksi sepenuh masa untuk 2 perlawanan berturut-turut,Giggs nyata seorang pemain yang sangat diperlukan di United selepas pemergian Cristiano Ronaldo.
Betapa berbezanya jika diteliti sumbangan Giggs selepas pemergian Ronaldo,jika dilihat dari sudut gol dan assist yang dihasilkan. Semasa musim EPL yang lepas, Giggs membuat 15 penampilan sebagai kesebelasan utama, selain 13 kali sebagai pemain gantian. Dan angka gol yang dicatatkan adalah 2 dan assist sebanyak 7 kali.
Bersama anugerah pemain terbaik PFA 08/09

Itu sudah cukup untuk mengangkat beliau sebagai Pemain Terbaik PFA untuk musim 2008/2009,yang beliau tidak pernah dapat sejak menjadi pemain profesional. Sebagai fakta juga,anugerah itu dimenangi oleh Ronaldo pada musim sebelumnya.
Pada musim ini pula,beliau sudah membuat 9 penampilan selain 2 sebagai pemain gantian. Tetapi yang nampak menariknya,beliau telah menyamai jumlah gol dan assistnya ketika musim belumpun sampai setengah perjalanan. Untuk itu,jika beliau konsisten dengan aksinya ketika ini,tidak mustahil beliau akan mendapat sekali lagi anugerah yang sama.

Giggs juga mempunyai sebuah rekod yang luar biasa,yang dicatatkan ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma semasa menentang Spurs musim ini. Iaitu satu-satunya pemain yang menjaringkan gol di setiap musim. Mengagumkan bukan? Beliau sudah beraksi untuk musim ke 19 nya,dan menjaringkan gol pada setiap musim.
Apakah rahsia Giggs? Beraksi untuk tahap tertinggi,pada usia 36 tahun,dan masih aktif bermain selain menjadi ayam tambatan pasukannya. Bagaimana beliau mengekalkan kecergasaannya? Bagaimana beliau masih mampu menewaskan pemain pemain muda pasukan lain?
Si bulu semasa gol menakjubkan menentang arsenal.

Semasa Treble menakjubkan United pada 1999 juga,Giggs tidak ketinggalan untuk menyumbang 2 aksi penting iaitu semasa menjaringkan gol solo menewaskan 5 pemain arsenal termasuk penjaga gol hebat Arsenal ketika itu,David Seaman - gol yang diiktiraf antara gol menakjubkan United sepanjang zaman. Selain itu,sepakan terbiasnya di depan gol Bayern Munich membawa kepada gol Sheringham untuk melengkapkan musim Treble gemilang United ketika itu.
Giggs semasa melengkapkan Treble.

Sepanjang penglibatan Giggs di United juga,Giggs telahpon membantu United memenangi Liga Perdana Inggeris sebanyak 11 kali,FA Cup sebanyak 4 kali,Piala Liga sebanyak 2 kali,Piala Perisai Komuniti sebanyak 7 kali,Liga Juara Juara Eropah sebanyak 2 kali, Piala Super eropah sekali dan Piala Kelab Dunia FIFA sekali.
Trofi Champions League kedua untuk Giggs

Untuk satu lagi rekod,beliau juga adalah pemenang terbanyak yang memengangi EPL mengatasi pencabar terdekatnya iaitu lagenda liverpool,Phil Neal dan Alan Hanson. Wahwah hebat bukan? Tidak syak lagi,beliaulah lagenda United,mahupun EPL,yang masih beraksi hingga masa kini. Dan aku percaya,banyak lagi yang akan muncul daripadanya selepas ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)










