Kemenangan mutlak 3 gol berbalas kosong pada tempoh hari disambut dengan sangat meriah jutaan rakyat Malaysia. 90,000 penonton yang hadir ke stadium menghadirkan gegak gempita yang sudah lama tiada. Maklumlah, sudah lama rasanya Malaysia tidak menjulang piala di peringkat antarabangsa selepas berakhirnya era Super Mokh.
Jersi Malaysia, Bendera Malaysia, Aku anak Malaysia. ;DD

Biarpun ianya hanya membabitkan negara di Asia Tenggara, namun ini boleh dikatakan sebagai pemangkin untuk kebangkitan skuad bola sepak negara yang telah pudar walhal pada satu ketika tandingan kita adalah Jepun dan Korea yang kini sudah menyertai Piala Dunia. Malah negara kita juga pernah layak ke Sukan Olimpik suatu ketika dahulu.
Namun kemenangan 3 - 0 tidak digapai dengan mudah. Sini aku senaraikan 5 faktor mengapa kemenangan ini dicapai.
1 - Barisan Pertahanan
Barisan pertahanan kali ini beraksi cukup cemerlang. Tidak seperti kekalahan kepada lawan sama tempoh hari, barisan pertahanan yang sama telah menyekat sebarang serangan Indonesia yang diketuai Christian Gonzalez atau nama islamnya, Mustafa Habibi. Aku rasa program Harimau Muda yang dihantar ke Slovakia mula menampakkan hasilnya. 3 pemain pertahanan iaitu Mahali Jasuli, Muslim Ahmad dan Fadhli Shas adalah produk daripada program tersebut. Tiada sebarang percubaan merbahaya daripada Indonesia dilakukan kerana kekentalan mereka berempa termasuk bek kiri, Asraruddin.
2 - Amar Rohidan

Disebalik aksi menyerang Malaysia, ada seorang pemain yang bertindak sebagai "balancing" dibahagian tengah. Menjadi penyambung kepada bahagian pertahanan kepada gandingannya Safiq Rahim, keupayaan mengawal tempo permainan, memiliki hantaran "change side" yang sangat menjadi, membantu bahagian pertahanan dengan baik, malam itu seharusnya beliau diberi penghargaan, setimpal dengan wira 2 gol Malaysia, Safee Sali. Tanpa Amar, bahagian tengah Malaysia tidak akan menjadi sebaik aksi Malaysia pada malam tersebut.
3 - Mahali Jasuli
3 - Mahali Jasuli
Mahali bersaing dengan Okto.

Pemain pertahanan terbaik pada malam itu. Hantarannya untuk gol kedua Safee Sali sangat menarik. Aku menonton di stadium tertarik, dan selepas melihat rakaman gol itu di TV, Safee patut memuji pemain ini. Hantarannya memintas pemain pertahanan Indonesia dan terus singgah di kepala Safee untuk disudahkan. Selain itu, beliau juga mematahkan segala pergerakan pemain sayap berbahaya Indonesia, Okto dengan begitu baik. Beliau juga kerap membantu bahagian serangan dengan larian "overlapping" untuk membuka ruang kepada sayap kanan terutamanya. Cantik menarik kau memang Da Bomb!
4 - S Kunalan
4 - S Kunalan

Biarpun tidak terbabit dengan mana - mana gol Malaysia, namun pemain ini sangat mencuri tumpuan. Mengucar kacirkan pertahanan Indonesia dengan skil dan larian pantasnya, bermain di sayap kiri, dan di sayap kanan pada separuh masa kedua, inilah pemain yang patut dimiliki oleh setiap pasukan. Boleh beraksi di kedua-dua bahagian, memiliki keupayaan untuk memasuki petak penalti. Sayang sekali ada satu aksi menggeleceknya yang sangat menarik, kemudian disudahi dengan rembatan, namun tepat ke arah Markus, penjaga gol Indonesia. Jikalau tidak, gol itu pasti dikenang untuk tempoh yang lama.
5 - Safee Sali dan Shahrul Idlan Talaha.
5 - Safee Sali dan Shahrul Idlan Talaha.
Tandukan berbisa Safee

Ternyata pengalaman membantu mereka keranan sudah beraksi di pentas antarabangsa sejak muda lagi. Gandingan yang sengat efektif. Aku sangat tertarik dengan aksi gelecekan di hujung garisan Shahrul, malah beliau membuatnya 2 kali dan kedua-duanya membuahkan gol untuk Malaysia. Dengan sentuhan penyudah Safee yang tajam selain tenang dihadapan gol, Malaysia patut berbangga mempunyai penyerang seperti ini. Semasa menentang Indonesia di Jakarta tempoh hari juga, Safee yang menggelecek sebelum disudahkan Shahrul. Wah, hebat bukan?
Itu cerita satu malam yang hebat untuk pasukan Malaysia. Malam yang aku rasa malam paling meriah di stadium untuk pasukan Malaysia dalam hidup aku. Mudah - mudahan kejayaan ini tidak kan berhenti setakat ini saja. Moga lebih banyak kejayaan yang akan digapai selepas ini. Yang pasti, pelapis untuk skuad masa kini mesti disediakan seperti mana yang dilakukan terhadap pasukan Harimau Muda. ;DD
Jom layan gambar yang aku tangkap malam tu pulak. Hee

Kesebelasan utama Malaysia malam tersebut.

Jersi gergasi negara diarak beramai - ramai.

Keputusan akhir, 3 gol berbalas 0!!

Bergambar kenangan sebelum pulang. Yeeha.

Selebihnya? Klik sini. Hee
Hari ini mereka akan berdepan lawan yang sama di tempat lawan pula. Semoga berjaya kerana kita sudah memiliki kelebihan 3 gol! Go Harimau Malaya!

20 say something!:
i love amar rohidannnnnnnn
idlan lebih mencuri tumpuan..^^
auny > die sempoii, relax kan? heh
api > die pndai mencelah. hehe
malaysia boleh!
s kunalan+sharul+safee tips topssss~like2..xsabar mlm nii..^_^
i love safee
tapi dia dah kahwen kan atok
kuniciwa hatii
safee memang power gilaa
atok semngat gila!haha
merah > always can. hehe
lynn > ttingggal sorg lg mahali n amar. hehe insyaAllah...
zazaw > dah lame die kawen zazawwww hehe
neena > biasa broo. kihkih
semangat tu. hehe =)
epal > biasa bro ehe
Aku anak Roslina dan Abidin.mcm mane ko boleh anak Malaysia pulak?? bahahhahahah
Salam kenal..
Happy new year amy singgah sini n follow...
amar rohidan member awek aku. haha
fahmi > ko bwat lawak ke?
amy > salam ;DD
amir > bukn membe kau kan? ehe
Post a Comment