“Cinta adalah anugerah yang kuasa
Yang bila terasa betapa indahnya
Sungguh lemah diriku,Tak berarti diriku
Bila tak ada dirimu.”
Itu antara intro dalam lirik lagu popular kumpulan dari seberang,yang mungkin bagi sesetengah orang tiada nilainya,tapi jika anda menghayati sebetulnya,ia membawa seribu satu erti berkaitan dengan hati anda.
“Cinta” terlalu subjektif untuk ditakrifkan. Tiada kata dapat menggambarkan cinta sebenarnya. Adalah terlalu kejam untuk mengungkapkan cinta yang zahirnya dari dua hati dan diserasikan untuk lahirnya satu perasaan yang sungguh hebat.
Si romantis dunia, William Shakespeare ada berkarya yang berbunyi ;
Love is a smoke raised with the fume of sighs,
Being purged, a fire sparkling in lovers' eyes,
Being vexed, a sea nourished with lovers' tears.
Yang membawa maksud seperti ;
cinta adalah asap yang timbul dengan kemarahan keluh kesah (secara tiba tiba dan membuak buak)
dibersihkan, api berkilauan dimata kekasih (dipadam,sakit rasanya)
dikesalkan, lautan dipupuk dengan airmata kekasih (dikesal,sedih rasanya)
Cinta itu pelbagai. Banyak hubungan yang boleh disertai dengan cinta. Cinta tidak mengenal siapa dan sesiapa sahaja layak merasai nikmat cinta. Menjadi seperti syarat wajib,insan di dunia perlukan “cinta”.
Usah menafikan perlunya cinta. Ia seolah anda menafikan betapa agungnya cinta Adam dan Hawa,yang punya perasaan cinta sebaik sahaja mereka bersua. Usah katakan tidak kepada cinta,ia seolah anda menidakkan betapa indahnya cinta Rasulullah dan para isteri yang disayanginya.
Itu cinta antara 2 insan yang berbeza jantina,masih banyak “cinta” yang boleh ditakrifkan. Cinta sesama tuhan,cinta antara anak dan ibu bapa,cinta antara rakan dan banyak lagi.
Cinta Sesama Tuhan
Cinta paling agung. Semailah cinta anda kepadaNya tanpa mengenal jemu. Sesungguhnya itulah tuhan anda selamanya dan tiada soal tuhan akan berpaling daripada kamu.
Cintailah tuhan anda sepenuhnya. Nescaya keredhaannya sentiasa akan dirimu. Cinta tuhan maha kaya. Banyak kelebihannya bila anda menyerahkan diri anda kepadaNya,sesungguhnya hanya kepadaNya tempat kita dan suatu yang pasti,bila sampai masanya kelak,kita akan kembali kepadaNya.
Cinta Kepada Ibu dan Bapa
Cintalah kedua ibu bapa anda. Cinta kepada ibu bapa boleh ditunjukkan dengan melakukan pelbagai perkara. Tidak sekadar mengungkap kata kata, sertakannya dengan doa doa kesejahteraan yang boleh mendatangkan kebaikan tuk orang tua anda.
Cinta kepada ibu dan bapa ialah cinta tulus yang punya pertalian darah, cinta yang tidak mengenal susah senang, percayalah, walau apa pun yang terjadi, ibu bapa akan tetap berada disisi kita, walaupun ketika itu kita sendiri sudah punya keluarga masing masing, malah lebih bermakna. Walau apa pun keadaanya jua,ibu bapa adalah segalanya bagi setiap manusia.
Cinta Kepada Sahabat.
Sahabat adalah lain daripada rakan. Seorang sahabat merupakan seorang yang lebih bermakna daripada seorang rakan. Sahabat yang hebat boleh mengubah anda. Anda pasti selalu dinasihati untuk memilih rakan bukan? Ya,memang benar anda memang perlu bijak memilih rakan.
Cinta kepada seorang sahabat juga ada manisnya. Apabila seseorang itu mua berhubungan,berkongsi segala susah senang, adalah sesuatu yang istimewa. Paling kurang kita memiliki seseorang selain ibu bapa kita.
Bayangkan situasi ini, ibu bapa anda berada di luar kawasan, dan satu malapetaka telah berlaku terhadap anda. Ketika anda seolah olah tiada siapa yang membantu, siapakah yang anda fikir boleh membantu anda ketika itu?
Datang seorang sahabat dengan berduyun duyun pertolongan , ketika itu anda akan merasa betapa bertuahnya anda kerana punya sehabat sedemikian rupa.
Cinta antara sahabat lain daripada yang lain. Bayangkan juga anda berusaha sama, susah tuk Berjaya ditanggung bersama, kemudian menempa nama bersama. Ketika itu anda akan mula merasa betapa indahnya cinta antara sahabat.
Kuasa Cinta.
Itu cinta yang agak zahir. Ada banyak lagi cinta yang boleh dicari, dirasa, cuma kita yang mungkin tidak menemukannya, atau mungkin memang kita yang tidak memerlukannya, mahupun kita sudah mempunyainya, namun tidak mampu merasakannya.
Cinta itu indah. Sangat indah. Siapa yang tidak dambakan cinta, yang punya kuasa sendiri, yang ada auranya yang tersendiri. Apabila cinta mula merajai antara kedua dua pihak itu,maka bakal menyalalah api cinta itu. Menyala berapi-api, membara mengalahkan sebarang api di dunia.
Kejarlah cinta. Carilah cinta. Sesungguhnya cinta ada dimana-mana. Cinta ada disekeliling kita. Cuma kita yang tidak cuba mendapatkannya. Apabila anda hidup tanpa sebarang cinta,terutama apabila anda sudah mula menginjak dewasa,sudah boleh hidup diluar tanpa dijaga sesiapa,anda perlukan “cinta”.
Namun,jangan kita sedang asyik mengejar cinta, kita lupa bahawa kita adalah hamba kepadaNya. Jangan sedang asyik mencari cinta,kita terlupa asal usul kita. Carilah cinta yang sesuai, dan dapatkanlah cinta dengan sebetulnya. Selepas itu percayalah, anda akan merasa “kemanisan cinta”

8 say something!:
cintai Allah: Kekal abadi!
wah! :D
capa > mudah mudahann hee
apple > ;DD
cinta adalah love..
sekian..
wahh...entry pasal cinta tuh...boleh la jadi dktr cinta lepas nieh.
baru prasan y headernye sudah bertukar....... =)
Cinta adalah sesuatu yang indah....terutama cinta pada tuhan.
Post a Comment