Friday, July 1, 2011

Transformers 3 : Dark Of The Moon

Terbaik! Itu saja yang boleh aku katakan tentang filem ini. Sarat dengan aksi lebih dari 2 jam, grafik yang memukau terutama untuk robot mekanikal, jalan cerita yang sentiasa mendebarkan, 6 bintang daripada 5 bintang aku berikan untuk filem ini. Haha.


Dimulakan dengan kapal besar Autobot yang terhempas di bulan, kemunculan Sentinel Prime yang merupakan panglima Autobot sebelum naiknya Optimus Prime, Sentinel Prime berpakat dengan Decepticons, hinggalah kemuncaknya ketika pergaduhan antara mereka sendiri.

Sentinel Prime

Seperti filem Fast 5, aku sangat sukakan misi yang terdapat dalam filem ini. Misi menyelamatkan dunia dengan kerjasama Autobot dan manusia, menentang Decepticons yang inginkan penguasaan. Satu misi yang sangat menarik untuk ditonton, penuh dengan aksi tidak dijangka.

Aku boleh katakan, ini adalah siri Transformers yang terbaik yang pernah aku tonton berbanding yang sebelum ini. Macam aku katakan tadi, penuh dengan aksi. Tiada babak yang membosankan dalam filem ini. Terlepas satu babak adalah merugikan, watak pembantu selain robot dan 2 pelakon utama juga tidak mengecewakan.

Kereta - Kereta. Abaikan lelaki tengah2 tu.

Kereta dan robot kali ini ialah lebih banyak, lebih pelbagai. Kemunculan kereta NASCAR memberikan pembaharuan berbanding filem sebelum ini. Selain kemunculan 2 robot kecil yang menghiburkan tetapi tetap mempunyai peranan yang penting dalam filem ini.

Shia dan Rosie.

Pengganti untuk Megan Fox, Rosie Huntington juga tidak mengecewakan. Malah tampak serasi dengan Shia Labeouf. Errrr bibir dia buat aku geram sangat. Errrr bibir dia buat aku geram sangat. Errrr bibir dia buat aku geram sangat. Okay cukup 3 kali. HAHA.

Rosie Huntington. Bibir. Auww



Photobucket

6 say something!:

HoneyBUZZin said...

Aiseyman Atok...aku belum lagi tengok...nak beli tiket dah habis..kecewa sgt2...
Inilh yang buat aku jeles sangat ngan ko...aku jeles ..aku jeles...aku jeles
....

azalia hjsalleh said...

apalah yg best sgt dgn cite tuh?
kita x minat ;(

Puan Capa said...

seksinya bibir dia

atok said...

honey > u should go! jgn jeles cpat ataw lambat mest dpat tgk nye ;))

atok said...

lya > yeke? jran jumpa org x minat transformers neyh heh

atok said...

capa > i like. keke

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin

Post Navigation Widget